RUN TO YOU
LE'Nur Alya but they call me Boomie . Sixteen . I'm not single but available. Mwee :P
Tumblr
title: 5 Hari Sebelum Dia Tinggalkan Aku : Nafas Yang Terakhir
date: Monday, January 9, 2012, 11:33 PM



Hari itu hari Isnin . Rasa pelik , sebab sampai sekarang masih tak dapat apa-apa call atau text dari dia. Jadi , aku jalan macam biasa pergi sekolah , macam biasa kat sekolah jumpa kawan-kawan . Aku jumpa kawan baik aku , kawan baik dia . Tapi . . . . mana dia ? Dia tak datang sekolah ke ? Sakit ke ? Semua soalan-soalan tu , bermain dalam fikiran aku . Bila habis je waktu sekolah aku pun dengan segera balik rumah . Maksud aku balik lari ke rumah . Aku buka pintu rumah bila aku sampai . Aku nampak Mama duduk kat sofa , Mama pandang aku , Mama nak bagi tahu sesuatu . 

Mama kata '' Sorry sayang . He's gone . Allah loves him more , he left us'' . Aku cuba nak tahan mata aku supaya tak menangis . Aku jadi kaku , aku tak tahu nak kata apa . Mama  . . . betulkah dia dah tak ada ? . Mama peluk aku , Mama kata kat aku , supaya jadi tabah dan kuat . Sama macam 'arwah' dia kata.

Aku tahan dan tahan tangisan aku . Aku tak nak orang lain nampak yang aku menangis . Aku tak nak Mama sedih bila tengok aku macam ini. Masa itu juga , aku pergi siap-siap nak ke rumah dia . Bila aku sampai sana , orang pertama yang aku nampak kakak dia , Laila . Kak Laila peluk aku . Kak Laila kata yang dia dah arwah . Tapi , aku masih lagi rasa yang dia ada kat sini , kat jiwa ini . Aku rasa macam dia masih ada dengan aku . Lepas tu mak Kak Laila datang , aku salam dia . Tapi , dia peluk aku . Aku tahu macam mana rasa seorang ibu bila anak dia pergi dulu sebelum dia . Kalau aku sedih , mesti mak dia lagi sedih , kan ? 

Aku masuk ke rumah mereka . Aku nampak dia , 'arwah' dia . Dengan kain putih di setiap bahagian tubuh dia . Muka pucat dia , bibir dia kelabu . Aku rasa sangat sedih , aku tak tahu nak kata apa . Aku rasa macam nak lari dari situ , aku tak sanggup tengok dia macam tu  baru semalam dia borak dengan aku . Dia kata kat aku , supaya jadi tabah , jadi kuat . Kuat macam ni ke ? Aku cuba untuk tidak menangis . .

Bila arwah dah dikebumikan , aku duduk dengan mak arwah . Mak arwah kata ''Aunty dah tahu yang dia akan pergi dulu dari aunty , dia sakit . Doktor dah kata mungkin dia tak akan hidup lama . Maafkan aunty tak bagi tahu sayang'' .

Arwah sakit ? Kenapa aku tak tahu . Sampai hati dia rahsiakan hal penting macam ni . Walau apa pun yang berlaku , aku kene kuat . Aku taknak dia tengok aku dari atas dengan perasaan sedih . Aku . Tak . Nak !

-TAMAT-

__________________________________________________________________________________

For previous part , please visit :-
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

NEWER  |  BACK TO TOP  |  OLDER

This layout was made by Haraa Jeon - Graphic from Camila - Special thanks Flowery.