RUN TO YOU
LE'Nur Alya but they call me Boomie . Sixteen . I'm not single but available. Mwee :P
Tumblr
title: 5 Hari Sebelum Dia Tinggalkan Aku : Nafas Yang Terakhir
date: Monday, January 9, 2012, 11:33 PM



Hari itu hari Isnin . Rasa pelik , sebab sampai sekarang masih tak dapat apa-apa call atau text dari dia. Jadi , aku jalan macam biasa pergi sekolah , macam biasa kat sekolah jumpa kawan-kawan . Aku jumpa kawan baik aku , kawan baik dia . Tapi . . . . mana dia ? Dia tak datang sekolah ke ? Sakit ke ? Semua soalan-soalan tu , bermain dalam fikiran aku . Bila habis je waktu sekolah aku pun dengan segera balik rumah . Maksud aku balik lari ke rumah . Aku buka pintu rumah bila aku sampai . Aku nampak Mama duduk kat sofa , Mama pandang aku , Mama nak bagi tahu sesuatu . 

Mama kata '' Sorry sayang . He's gone . Allah loves him more , he left us'' . Aku cuba nak tahan mata aku supaya tak menangis . Aku jadi kaku , aku tak tahu nak kata apa . Mama  . . . betulkah dia dah tak ada ? . Mama peluk aku , Mama kata kat aku , supaya jadi tabah dan kuat . Sama macam 'arwah' dia kata.

Aku tahan dan tahan tangisan aku . Aku tak nak orang lain nampak yang aku menangis . Aku tak nak Mama sedih bila tengok aku macam ini. Masa itu juga , aku pergi siap-siap nak ke rumah dia . Bila aku sampai sana , orang pertama yang aku nampak kakak dia , Laila . Kak Laila peluk aku . Kak Laila kata yang dia dah arwah . Tapi , aku masih lagi rasa yang dia ada kat sini , kat jiwa ini . Aku rasa macam dia masih ada dengan aku . Lepas tu mak Kak Laila datang , aku salam dia . Tapi , dia peluk aku . Aku tahu macam mana rasa seorang ibu bila anak dia pergi dulu sebelum dia . Kalau aku sedih , mesti mak dia lagi sedih , kan ? 

Aku masuk ke rumah mereka . Aku nampak dia , 'arwah' dia . Dengan kain putih di setiap bahagian tubuh dia . Muka pucat dia , bibir dia kelabu . Aku rasa sangat sedih , aku tak tahu nak kata apa . Aku rasa macam nak lari dari situ , aku tak sanggup tengok dia macam tu  baru semalam dia borak dengan aku . Dia kata kat aku , supaya jadi tabah , jadi kuat . Kuat macam ni ke ? Aku cuba untuk tidak menangis . .

Bila arwah dah dikebumikan , aku duduk dengan mak arwah . Mak arwah kata ''Aunty dah tahu yang dia akan pergi dulu dari aunty , dia sakit . Doktor dah kata mungkin dia tak akan hidup lama . Maafkan aunty tak bagi tahu sayang'' .

Arwah sakit ? Kenapa aku tak tahu . Sampai hati dia rahsiakan hal penting macam ni . Walau apa pun yang berlaku , aku kene kuat . Aku taknak dia tengok aku dari atas dengan perasaan sedih . Aku . Tak . Nak !

-TAMAT-

__________________________________________________________________________________

For previous part , please visit :-
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

title: 5 Hari Sebelum Dia Tinggalkan Aku : Ahad Yang Bosan
date: Tuesday, December 13, 2011, 10:41 PM

Hari itu , hari Ahad . Pagi lagi aku dah dapat text dari dia , lama juga main text dengan dia . Tiba-tiba dia ..

H : Sayang , saya rasa takut .
S : Haa . . . why?
H : Takut awak tinggalkan saya .
S : Saya tak pernah fikir macam tu . Macam mana saya nak tinggalkan orang yang saya sayang .
H : Ohh , takpe la . Mungkin cuma perasaan saya je .

Kita sambung lagi text-ing sampai tengah hari . Malam tu dia ajak datang rumah dia . Jadi , aku pun paksa Mama suruh hantar pergi rumah dia . Dengan pujuk rayu apa semua Mama pun hantarkan . Mama kata '' get home before 10 PM yeahh '' . Aku cuma kata ''ya'' dan terima kasih sebab sudi hantar aku . Jadi , bila dah sampai kat gate rumah dia . Aku call dia .

S : Sayang , Saya dah sampai .
H : Okay , tunggu kejab kat situ . Saya turun .

Then , lepas 2 minit tunggu . Dia pun datang . Aku boleh nampak muka dia , dia senyum . Aku boleh nampak mata dia , berkilau-kilau . Tenang je aku rasa bila aku tengok dia macam tu . Lepas tu kita cakap-cakap .

S : Saya tak faham .
H : Apa ?
S : Awak tanya soalan pelik . Macam kat dalam text tu . . .
H : Ohh , haha . Saya  . . . cuma tanya jee . . ( dia senyum dan gelak kecil )

Aku nampak senyuman kat muka dia , tapi aku tahu senyuman tu palsu . Aku tahu tu palsu . Nak saja aku jerit '' Biy , please don't lie''
Lepas tu , aku pergi main badminton dengan jiran dia Shameen dan Hazman . 
Dia panggil aku lepas tu . Aku pun ikut je lah apa dia kata .

H : Sayang , saya sayang awak .
S : sayang . . awak . . juga
H : Tak , kali ni serius .
S : Kenapa , sebelum ni tak serius ?
H : Kali ni , seratus kali lebih serius .

Lepas tu , dia pegang muka aku dengan dua belah tangan dia . Dia pandang mata aku , maksud aku pandangan yang sangat dalam . Dia kata ,

H : Saya nak awak tabah , jadi kuat . Kalau apa-apa esok , awak janji dengan saya awak jadi kuat , kay . Jangan nagis . Boleh ?
S : Haa . . boleh  . . ya boleh . ( aku cuba tahan supaya tak menagis waktu dia cakap macam tu . Aku harap , dia tak nampak kalau aku nagis )

Jadi , bila dah pukul 10 PM . Mama call , aku pun kemas kemas sikit tempat kita orang duduk . Dia hantar aku sampai pintu pagar , dia juga salam Mama aku , dan adalah cakap sikit-sikit . Bila kereta Mama dah gerak , aku nampak dia ''bye-bye'' dari side mirror kereta . 


Bersambung . . . . 

( H=HE AND S =SHE . Sorry story aku takde nama ) 


For previous part , sila tekan ''old post'' kat bawah sekali . 

NEWER  |  BACK TO TOP  |  OLDER

This layout was made by Haraa Jeon - Graphic from Camila - Special thanks Flowery.